Saturday 15 April 2023

Tips Kurus Dengan Cepat

Bismillahirrahmanirrahim

Pandemik 2020 menyaksikan berat badan saya mula naik bagai dipam-pam. Duduk di rumah berbulan-bulan, kerjanya masak dan makan. Bila di rumah, nak bersenam pun jadi malas. Hatta setelah endemik, makan masih menjadi perkara menggembirakan dan bersenam menjadi aktiviti yang terus ditinggalkan.

Hinggalah terkini, saya mula rasa sakit lutut. Tak serius jadi tak pergi klinik pun, tapi saya percaya ada kaitan dengan masalah berat badan berlebihan. Dan saya percaya, sesuatu masalah itu akan selesai jika puncanya diselesaikan. Saya tak ada pilihan, saya kena kurangkan semula berat badan jika sayang diri sendiri.

Sama seperti konsep tepuk bahu sendiri, bab nak kurus ni saya kena jentik diri sendiri juga agaknya. Saya tunggu suami tegur 'Sayang dah gemuk' tapi tak tegur-tegur pun. Sama ada dia rasa 'okey je', atau mungkin nak jaga hati. Huhu..

Sebenarnya Tips Kurus Dengan Cepat ada banyak, salah satunya ialah puasa. Apabila kita berpuasa:

4 - 8 jam

  • Paras gula dalam darah menurun
  • Makanan dalam perut telah tercerna
  • Insulin tidak lagi dihasilkan

12 jam

  • Makanan yang diambil telah dibakar
  • Sistem percernaan berehat
  • Glukagon dirembeskan untuk menyeimbangkan paras gula dalam darah

14 jam

  • Lemak yang disimpan ditukarkan kepada tenaga
  • Meningkatkan lagi Hormon Pertumbuhan Manusia (HGH)

16 jam

  • Badan sedang meningkatkan pembakaran lemak

Walaupun berpuasa, kalau dalam fasa makan semua pun bedal; tidaklah ia membantu untuk menurunkan berat badan. Jadi jangan lupa wahai Zefa untuk mengamalkan diet seimbang yang mengandungi nutrien yang mencukupi dan mempraktikkan gaya hidup sihat untuk memaksimumkan manfaat kesihatan berpuasa.

Lagi Tips Kurus Dengan Cepat adalah kita programkan diri dengan Program Hello New You Shaklee. Ini adalah program yang mudah untuk diikuti, yang menggabungkan produk-produk dengan nutrisi seimbang, pelan berpuasa yang fleksibel, pemakanan seimbang dan senaman untuk membantu anda menguruskan berat badan anda dengan berkesan. Disokong oleh sains dan dibuktikan oleh ramai orang, program ini membantu anda mencapai sasaran berat dengan bijak dan selamat serta mengekalkan berat badan yang ideal secara sihat selepas program untuk kesejahteraan anda dalam jangka masa panjang.


Testimoni peserta Hello New You Shaklee. Mereka boleh, kita pun boleh!


Berikut adalah produk-produk nutrisi yang dicadangkan untuk program ini;

1. Cinch® Shake - pengganti makanan berkhasiat yang dikuasakan dengan Leusina.

2. Lecithin - untuk membantu membakar lemak, membina otot tanpa lemak, mengekalkan rasa kenyang dan mengurangkan nafsu makan.

3. ESP - sebagai minuman sebelum atau selepas bersenam untuk meningkatkan tenaga dan mempercepatkan pemulihan otot.

4. Life Shake Elderberry, minuman protein lengkap yang mengandungi vitamin, mineral, serat dan enzim pencernaan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan

5. OmegaGuard - untuk mengekalkan berat badan yang sihat.

6. Herb-Lax- yang menyokong proses detoksifikasi tubuh badan anda. 

Kita disarankan untuk mengikuti program ini selama 4 minggu untuk menyihatkan dan menyegarkan semula tubuh badan. Berpuasa membolehkan tubuh badan berehat dan segar semula, manakala produk-produk Shaklee membantu dengan menyuburkan tubuh badan dari dalam. Ini akan membantu menurunkan berat badan secara lebih berkesan dan membentuk tabiat makan yang sihat dalam jangka masa panjang.

Tinggal 7 hari lagi Ramadhan, kita tengok dulu hasilnya dalam tempoh 7 hari. Semoga istiqomah sehingga 4 minggu dan sehingga kurussss.

Zefa Nor Asmara binti Jubir
zefalove.2023@gmail.com

#nextlevelblogging #shakleetriumph2023 #shakleetrive2023


Bisnes Online Untuk Wanita Bekerja

Bismillahirrahmanirrahim

2023 menyaksikan saya telah bergelar wanita bekerja selama 23 tahun. Bermula sebagai guru KAFA, part time mengajar Tadika, kemudian bertugas di sebuah jabatan yang setiap hari dengan kisah rumahtangga, beralih ke dunia wakaf dan terkini bertugas disebuah Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Mengikut umur bersara penjawat awam, saya ada berbelas-belas tahun lagi sebelum pencen. Tapi saya cakap dengan suami, saya nak pencen awal. Suami hanya diam, tapi saya percaya dia setuju. Kalau saya kata nak bersara sekarang pun, mungkin dia setuju sebab dia 'tahu' isteri dia.

23 tahun melalui perjalanan kerjaya, alhamdulillah sekarang berada di dalam kedudukan dan gaji yang selesa. Tapi saya adalah wanita yang akan memanfaatkan apa-apa peluang untuk menjana pendapatan sampingan. Mungkin sebab tu suami tak kisah, bila saya kata nak bersara awal.

Bisnes online adalah peluang terbaik dan termudah untuk wanita bekerja seperti saya untuk menjana pendapatan sampingan. Eh! Surirumah pun boleh tau. Saya kongsikan dua bisnes online yang sedang saya usahakan.

1. Affiliate TikTok

Saya muat turun aplikasi TikTok pada mulanya hanya untuk suka-suka. Saya suka tengok video gelagat kucing orang lain, dan berkongsi pula gelagat kucing-kucing saya di TikTok. Bubu, Bebeh, Aren, Asap, Suci, Tuah, BoRa dan BoMi. Banyakkan makhluk berbulu di rumah kami? Tapi Bebeh dan Tuah dah tinggal kenangan, dah kembali kepada Pencipta mereka. Kadang-kadang masuk juga di TikTok cerita Buyen sikucing jiran, serta Omot dan ToTi kucing gelandangan.

Ada 1 video saya berkongsi gelagat BoRa dan BoMi menyibuk semasa saya unboxing bungkusan bakul kain. Video yang hanya berdurasi 44 saat itu saya masukkan beg kuning (link affiliate) dan berjaya menjual 573 unit bakul kain. Itu baru 1 video, saya ada berpuluh-puluh lagi video dengan bakul kuning. Hebatkan? Tepuk bahu sendiri. Hahaha!

Bukan! Ini bukan untuk takbur, mungkin inspirasi untuk mereka yang mencari peluang jana pendapatan dengan bisnes online melalui affiliate TikTok. Jika ada permintaan, insyaAllah saya akan kongsikan dengan lebih lanjut.


Jemput follow TikTok @zefa.love

2. Bisnes Online Shaklee

Saya menjadi ahli Shaklee semenjak 2012 lagi. Aktif menjual mulai 2013 dan mula menjana pendapatan 4 angka setiap bulan sejak itu. Mungkin tak sehebat orang lain dalam Shaklee, tapi pendapatan sampingan sebanyak itu setiap bulan siapa nak bagi?

Selama 10 tahun saya telah melalui episod jatuh dan bangun, tapi alhamdulillah masih bertahan sehingga hari ini. Kerana Shaklee satu jenama yang unggul dan sentisa ada permintaan. Cerita jatuh tu bukanlah Shaklee yang jatuh. Tapi diri sendiri. Huhu..

Bermula dengan bisnes secara offline, hinggalah makin maju dengan bisnes online yang semuanya dihujung jari. Dapat order terus key in dalam web, semuanya Shaklee uruskan. Dari pembungkusan sampailah penghantaran. Tahu-tahu pelanggan dapat barang dan kita dapat untung runcit serta bonus.

Macam senangkan? Ye, senang tapi bukanlah sesenang macam goyang kaki. Prinsip bisnes online Shaklee, kau buat kau akan dapat. Nak tahu lebih lanjut? Hubungi saya.

Zefa Nor Asmara binti Jubir                                                                               zefalove.2023@gmail.com

#nextlevelblogging #shakleetriumph2023 #shaklee trive2023



Saturday 8 April 2023

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah

 Bismillahirahmanirrahim

Sebelum ini saya ada menulis tentang sayangi diri sendiri dengan menerima diri seadanya. Ia bermaksud, mensyukuri segala nikmat dan kurniaan Allah swt serta keyakinan ke atas Tuhan Yang Maha Pencipta. Namun, ia bukan alasan untuk tidak berusaha menjadikan diri kita lebih baik.

Sebagai contoh; kita mempunyai kulit yang kusam, kering, berjerawat atau apa-apa masalah kulit yang lain sehingga melemahkan keyakinan diri untuk bersemuka dengan orang lain. Lagi lagi dah nak raya ni, takkan nak menyorok dalam rumah sahajakan?

Untuk hal sebegini, jangan redha! Jangan pasrah! Jangan! Sayangi diri sendiri dengan berusaha dapatkan 2 vitamin atau suplemen asas untuk kulit cantik iaitu vitamin C dan protin.

Vitamin C

  • bertindak sebagai antioksida semulajadi yang melindungi sel dari kerosakan akibat radikal bebas
  • penting dalam penghasilan kolagen, meminimumkan tompok usia dan membantu menyamaratakan tona kulit
  • melindungi kulit dari sinaran UV
  • berfungsi sebagai anti keradangan untuk masalah kulit berjerawat
Protin
  • menggalakkan penghasilan, pertumbuhan dan perkembangan sel-sel kulit yang sihat
  • Isoflavon, sebatian semulajadi yang terdapat dalam soya (sumber protin) dikaitkan dengan penampilan kulit yang lebih baik dengan mengikat reseptor estrogen dikulit
  • Membantu meningkatkan keanjalan kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen

Banyak jenama vitamin kulit cantik di pasaran dan saya memilih Shaklee. Kenapa Shaklee?
  • Produk Shaklee bebas dari bahan tiruan dan bahan kimia yang berbahaya
  • Produk Shaklee mematuhi standard keselamatan tertinggi
  • Produk Shaklee mesra alam
  • Produk Shaklee bebas gluten
Sempena nak raya ni Shaklee membawa berita gembira apabila Vitamin Kulit Cantik boleh diperolehi dengan Harga Rahmah. Wah!


Lebih gembira, pembelian Vitamin Kulit Cantik dengan Harga Rahmah ini melayakkan anda menjadi ahli Shaklee secara PERCUMA dan terus layak membeli dengan HARGA AHLI. Menarikkan tawaran ni? Tawaran bermula pada 1 April 2023 dan berakhir pada 31 Mei 2023.

Jika berminat, saya akan bantu. Hantarkan Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah ke 010-4561978 melalui aplikasi whatsapp.

Zefa Nor Asmara binti Jubir
zefalove2023@gmail.com
08.04.2023

Tepuk Bahu Sendiri


Bismillahirrahmanirahim

Lumrah seorang manusia itu suka kepada puji-pujian dan penghargaan. Hingga ada kalanya menimbulkan rasa kecewa, bila seolah tiada sesiapa melihat kebaikan yang dilakukan.

Situasi ini boleh berlaku di antara anak dan ibu bapa, adik beradik, pelajar dan guru, pekerja dan majikan, sahabat handai, dan sebagainya.

Mari kita kembali kepada konsep sayangai diri sendiri. Sebelum kita mengharapkan penghargaan dari orang lain, adakah kita telah menghargai diri sendiri?

Tepuklah bahu sendiri sebagai simbolik menghargai diri sendiri. Ucapkan syabas kepada diri sendiri walau atas sekecil-kecil kejayaan kerana ia akan menyuntik semangat membina kejayaan yang lebih besar.


Tepuk bahu sendiri..
Zefa Nor Asmara binti Jubir
zefalove.2023@gmail.com
07.04.2023




Monday 3 April 2023

Sayangi Diri Sendiri ~ Terima Diri Seadanya

Bismillahirrahmanirrahim

Dunia kasih sayang bermula dengan menyayangi diri sendiri. Syarat utama untuk menyayangi diri sendiri adalah menerima diri seadanya.

1. Bersyukur

Terimalah diri seadanya sebagai mensyukuri nikmat kurniaan Ilahi. Cantik, buruk, putih, gelap, tinggi, rendah, sempurna, malah cacat. Sesungguhnya kita berada di muka bumi ini adalah atas izin dan kasih sayangNya. 

2. Menjadi Lebih Kuat dan Tabah

Motivasi untuk diri sendiri atas segala kekurangan ialah hakikat, tiada manusia yang sempurna. Tetapi hakikat tersebut bukan alasan untuk kita menjadi manusia yang terus lemah. Pasti ada sebab dan hikmah kelemahan-kelemahan yang dicipta olehNya ke atas kita. Kelemahan dan cabaran dalam kehidupan adalah proses untuk menjadikan kita manusia yang lebih kuat dan tabah. 

3. Keyakinan kepada Allah swt

Hati manusia itu sifatnya berbolak balik. Emosi, nafsu, malah bisikan syaitan akan sentiasa menimbulkan rasa tidak berpuas hati terutama kepada kelemahan diri sendiri. Maka timbullah keluh kesah dan membenci diri sendiri. Yakinlah dan kembalilah kepada Allah swt kerana sesungguhnya Dia yang memegang hati-hati kita.

Terima Diri Seadanya

Wallahua'alam.

Terima diri seadanya..
Zefa Nor Asmara binti Jubir
zefalove.2023@gmail.com
03.04.2023

Sunday 2 April 2023

Mari Berkasih Sayang!

Assalamualaikum wbt

Ibu Yusuf dan Maryam kembali berblog! Alhamdulillah..

Yusuf dan Maryam sudah pun meniti usia remaja. Biarlah blog lama sekadar menjadi bahan bacaan untuk menyingkap memori lama.



Kali ini dengan blog baru, cerita baru, usia baru. Eh! Bukan usia baru. Usia bukan lagi muda. Begitulah maksudnya.

Blog ini tentang kasih sayang. Sayang diri sendiri, sayang sesama manusia dan sayang sesama makhluk Tuhan. Paling utama, berkasih sayang kerana Allah swt.

Mari berkasih sayang!
Zefa Nor Asmara binti Jubir
zefalove.2023@gmail.com
02.04.2023