Bismillahirrahmanirrahim
Dunia kasih sayang bermula dengan menyayangi diri sendiri. Syarat utama untuk menyayangi diri sendiri adalah menerima diri seadanya.
1. Bersyukur
Terimalah diri seadanya sebagai mensyukuri nikmat kurniaan Ilahi. Cantik, buruk, putih, gelap, tinggi, rendah, sempurna, malah cacat. Sesungguhnya kita berada di muka bumi ini adalah atas izin dan kasih sayangNya.
2. Menjadi Lebih Kuat dan Tabah
Motivasi untuk diri sendiri atas segala kekurangan ialah hakikat, tiada manusia yang sempurna. Tetapi hakikat tersebut bukan alasan untuk kita menjadi manusia yang terus lemah. Pasti ada sebab dan hikmah kelemahan-kelemahan yang dicipta olehNya ke atas kita. Kelemahan dan cabaran dalam kehidupan adalah proses untuk menjadikan kita manusia yang lebih kuat dan tabah.
3. Keyakinan kepada Allah swt
Hati manusia itu sifatnya berbolak balik. Emosi, nafsu, malah bisikan syaitan akan sentiasa menimbulkan rasa tidak berpuas hati terutama kepada kelemahan diri sendiri. Maka timbullah keluh kesah dan membenci diri sendiri. Yakinlah dan kembalilah kepada Allah swt kerana sesungguhnya Dia yang memegang hati-hati kita.
![]() |
Terima Diri Seadanya |
Wallahua'alam.
Terima diri seadanya..
Zefa Nor Asmara binti Jubir
zefalove.2023@gmail.com
03.04.2023
No comments:
Post a Comment