Saturday 15 April 2023

Bisnes Online Untuk Wanita Bekerja

Bismillahirrahmanirrahim

2023 menyaksikan saya telah bergelar wanita bekerja selama 23 tahun. Bermula sebagai guru KAFA, part time mengajar Tadika, kemudian bertugas di sebuah jabatan yang setiap hari dengan kisah rumahtangga, beralih ke dunia wakaf dan terkini bertugas disebuah Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Mengikut umur bersara penjawat awam, saya ada berbelas-belas tahun lagi sebelum pencen. Tapi saya cakap dengan suami, saya nak pencen awal. Suami hanya diam, tapi saya percaya dia setuju. Kalau saya kata nak bersara sekarang pun, mungkin dia setuju sebab dia 'tahu' isteri dia.

23 tahun melalui perjalanan kerjaya, alhamdulillah sekarang berada di dalam kedudukan dan gaji yang selesa. Tapi saya adalah wanita yang akan memanfaatkan apa-apa peluang untuk menjana pendapatan sampingan. Mungkin sebab tu suami tak kisah, bila saya kata nak bersara awal.

Bisnes online adalah peluang terbaik dan termudah untuk wanita bekerja seperti saya untuk menjana pendapatan sampingan. Eh! Surirumah pun boleh tau. Saya kongsikan dua bisnes online yang sedang saya usahakan.

1. Affiliate TikTok

Saya muat turun aplikasi TikTok pada mulanya hanya untuk suka-suka. Saya suka tengok video gelagat kucing orang lain, dan berkongsi pula gelagat kucing-kucing saya di TikTok. Bubu, Bebeh, Aren, Asap, Suci, Tuah, BoRa dan BoMi. Banyakkan makhluk berbulu di rumah kami? Tapi Bebeh dan Tuah dah tinggal kenangan, dah kembali kepada Pencipta mereka. Kadang-kadang masuk juga di TikTok cerita Buyen sikucing jiran, serta Omot dan ToTi kucing gelandangan.

Ada 1 video saya berkongsi gelagat BoRa dan BoMi menyibuk semasa saya unboxing bungkusan bakul kain. Video yang hanya berdurasi 44 saat itu saya masukkan beg kuning (link affiliate) dan berjaya menjual 573 unit bakul kain. Itu baru 1 video, saya ada berpuluh-puluh lagi video dengan bakul kuning. Hebatkan? Tepuk bahu sendiri. Hahaha!

Bukan! Ini bukan untuk takbur, mungkin inspirasi untuk mereka yang mencari peluang jana pendapatan dengan bisnes online melalui affiliate TikTok. Jika ada permintaan, insyaAllah saya akan kongsikan dengan lebih lanjut.


Jemput follow TikTok @zefa.love

2. Bisnes Online Shaklee

Saya menjadi ahli Shaklee semenjak 2012 lagi. Aktif menjual mulai 2013 dan mula menjana pendapatan 4 angka setiap bulan sejak itu. Mungkin tak sehebat orang lain dalam Shaklee, tapi pendapatan sampingan sebanyak itu setiap bulan siapa nak bagi?

Selama 10 tahun saya telah melalui episod jatuh dan bangun, tapi alhamdulillah masih bertahan sehingga hari ini. Kerana Shaklee satu jenama yang unggul dan sentisa ada permintaan. Cerita jatuh tu bukanlah Shaklee yang jatuh. Tapi diri sendiri. Huhu..

Bermula dengan bisnes secara offline, hinggalah makin maju dengan bisnes online yang semuanya dihujung jari. Dapat order terus key in dalam web, semuanya Shaklee uruskan. Dari pembungkusan sampailah penghantaran. Tahu-tahu pelanggan dapat barang dan kita dapat untung runcit serta bonus.

Macam senangkan? Ye, senang tapi bukanlah sesenang macam goyang kaki. Prinsip bisnes online Shaklee, kau buat kau akan dapat. Nak tahu lebih lanjut? Hubungi saya.

Zefa Nor Asmara binti Jubir                                                                               zefalove.2023@gmail.com

#nextlevelblogging #shakleetriumph2023 #shaklee trive2023



No comments:

Post a Comment